Wednesday, 29 August 2012

Cara-cara untuk melupakan kekasih lama


Pernahkah anda terfikir yang anda telah jumpa dengan gadis ataupun jejaka idaman anda yang anda ingin kahwini dan setubuhi secara halal serta membina keluarga bahagia hidup selamanya sebelum mereka curang dengan anda tanpa sebarang alasan yang kukuh? Pernahkah hati anda diremukkan umpama kaca terhempas ke batu sehingga anda bertukar menjadi lesbian tidak mahu mencintai lelaki lagi? Pernahkah anda pergi mencintai seorang lelaki tetapi anda ni pun lelaki lalu anda pergi buat pembedahan buang anu anda tapi lelaki tu dah taknak kat anda lagi dah lepas tu? 

Ya, intro di atas memang kedengaran familiar kerana saya hanya memplagiat intro entri di bawah. Selain daripada berkongsi lagu-lagu tema setelah break up, kalian turut bercerita tentang keperitan akibat perpisahan yang dialami, kesyahduan yang menusuk di hati, serta luka lama yang berdarah kembali. Oh perpisahan itu memang sesuatu yang miserable sekali, jauh lebih teruk daripada perasaan tergelek kucing dengan kereta tapi kucing tu tak mati serta merta tetapi terloncat-loncat meminta nyawa dicabut. Percayalah, kerana hatiku ini pernah diremukkan juga semasa di matrikulasi dan di universiti dahulu. Habis tu kalau hati dah remuk mahu buat apa? Takkan asyik nak dengar lagu-lagu yang menggambarkan perasaan kita sepanjang masa? Di sini saya ingin berkongsi tips-tips untuk melupakan bekas kekasih anda tak kiralah bekas teman lelaki atau perempuan. Tips-tips ini terbukti keberkesanannya berdasarkan apa yang dilihat di filem komedi cinta di dalam dan luar negara. Ayuh teruskan membaca.

1) Kawan-kawan

Bagi saya, ini merupakan teknik terbaik untuk melupakan ex anda. Pepatah ada mengatakan, berkasih biar satu, berkawan biar seribu, berzina jangan sekali. Maka jika kekasih anda yang satu itu sudah meninggalkan anda, di sinilah anda akan tahu betapa beruntungnya anda ada kawan. Anda pasti ada BFF anda yang akan sentiasa bersama dengan anda, sentiasa menyokong anda walaupun apa jua, sentiasa mengeluarkan kata-kata yang anda nak dengar. Contohnya, kawan-kawan anda akan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang keji yang membuatkan hati anda lebih girang seperti:

"Takpe Jai. Dari dulu lagi aku dah cakap dia tu gemuk. Rileksla kau kan hensem.." - Shuhud Zakaria

"Bitch gemuk dia tu Jai" - Adam Johari


Semasa fasa baru-baru lepas berpisahlah yang anda akan rasa paling miserable sekali. Siang malam mengalir air mata di sudut-sudut yang gelap. Paras kolestrol di dalam badan anda menjadi normal kerana anda sudah tidak berselera untuk makan. Rambut anda berkelemumur serta bulu ari-ari anda tidak lagi terurus sampai terkeluar daripada boxer. Semua itu akan berlaku jika anda memilih untuk menghadapi masalah anda seorang diri. Anda memang tidak boleh survive seorang diri walaupun anda dengan lagu I Will Survive Gloria Gaynor berkali-kali. Apabila anda berseorangan anda akan banyak berfikir. Apa salah aku? Kenapa dia tinggalkan aku? Betul ke dia tinggalkan aku sebab payu dara aku juling? Banyak lagilah soalan-soalan yang akan bermain di fikiran anda.

Sebab itulah anda mesti jumpa kawan-kawan anda, buat aktiviti sesama jantina seperti bermain futsal, membeli-belah selama 3 jam, ataupun sekadar lepak di kopitiam berboys talk ataupun slumber party di rumah teman. At least apabila bersama kawan-kawan, minda anda akan terpesong daripada memikirkan tentang ex anda. Kalau ya pun masih nak berfikir, at least anda ada teman untuk berbicara, teman untuk mendengar keluhan anda yang sudah 8 kali mereka dengar. Jika anda jenis yang tidak mengamalkan keperibadian muslim yang sempurna anda mungkin boleh mendapat sesuatu yang lebih daripada friends with benefits anda tanpa perlu rasa bersalah.

2) Jauhi memori bersama

Untuk memudahkan proses melupakan ex anda, anda mesti mengelak daripada melakukan sesuatu yang boleh membuat anda teringat kepada ex anda. Contohnya, tak usah pergi makan di McD jika daging Big Mac itu kelihatan seperti lipatan di perut bekas gadis anda. Usah merayau-rayau di Cyberjaya jika itu merupakan lokasi strategik anda untuk ringan-ringan dengan bekas teman lelaki anda. Anda juga mungkin harus menjauhi teman rapat kepada ex anda yang selama ini turut berkawan dengan anda kerana mereka most probably sudah mendengar cerita perpisahan versi ex anda sendiri. Ini termasuklah dengan mengelakkan diri daripada sengaja pergi ke tempat ex anda selalu hang out bersama kawan-kawan mereka. Percayalah, pasti awkward jika mereka bertembung dengan anda.

Namun begitu, itu tidaklah bermakna anda tidak boleh enjoy kehidupan anda setelah berpisah. Kalau dulu anda selalu pergi dating di The Curve, takkanlah lepas tu langsung taknak pergi The Curve dah kan? Takkanlah kita tak boleh dengar lagu Anuar Zain sebab dulu awek kita minat kat Anuar Zain? Benar, ada sedikit pengorbanan yang harus dilakukan, namun begitu anda seharusnya menjadi diri anda sendiri dan usah biarkan kegagalan cinta anda mengubah keperibadian anda.

3) Deactivate Facebook anda

Di zaman teknologi maklumat ini, semua orang ada Fesbuk ataupun akaun laman web sosial yang lain seperti Twitter, Friendster, mahupun laman web sosial yang aku langsung tak faham bagaimana fungsinya ataupun hendak menyebutnya, Tumblr. Ex anda pun pasti ada Fesbuk juga. Dulu-dulu masa bercinta setiap saat dan waktu hendak bermadah, segala status akan dilike, dalam setiap album ada gambar ghairah berdua. Tetapi di saat dia mengubah statusnya perhubungannya menjadi single, anda pasti akan dihujani dengan pelbagai persoalan di dinding anda. Macamana nak jawab dengan hati yang pilu?

Maka jika anda ini bukan jenis yang unfriend orang, dan dia pun tak unfriend anda, maka ada eloknya anda deactivate sahaja Fesbuk anda untuk mengubat hati yang luka. Ini bagi mengelakkan anda terus patah hati apabila melihat seorang jejaka / gadis misteri yang tiba-tiba muncul dalam album gambar mereka. Eh tak sampai 3 minggu berpisah sudah ada teman baru? Takkan cepat sangat diorang move on bukan? Even if anda kena unfriend dan tak dapat stalk page ex anda pun, anda masih menggunakan mutual friends untuk melihat perkembangan ex anda dan lebih ekstrim lagi, anda siap cipta satu akaun palsu lagi sebelum menambah ex anda dan teman baru mereka lagi sebagai rakan. Budaya ini ternyata tidak sihat untuk emosi anda, maka ada baiknya anda lenyapkan diri anda buat sementara sehingga pulih luka di hati.

4) Dapatkan sebuah 'Ex-Box'

Ex-Box di sini bukanlah mesin permanian video (sengaja typo) seperti Xbox 360 itu. Eh tapi bagus apa main Xbox sebenar boleh lupa kat gadis lama. Ex-Box adalah istilah yang aku guna untuk sebuah kotak yang menyimpan barang-barang yang boleh mengingatkan kita tentang ex kita. Kalau kau ada poster gadis kau kat belakang pintu, cabut dan letaklah di dalam kotak. Gila apa ada poster awek? Nak gila apa kalau awek kau ni Juliana Evans haa macamtu la Sam Bunkface buat untuk lupakan dia. Kemudian, surat cinta, kad harijadi, gambar di dompet, gambar di bingkai semua anda campakkan sahaja ke dalam kotak. Tapi gambar di telefon bimbit deletelah terus tak payah nak print dulu sebelum letak dalam kotak. Kalau anda ada video .3gp anda tengah ringan-ringan ataupun berat-berat dengan ex di telefon bimbit, tengok buat kali terakhir sebelum menghapuskannya. Kalau jenis tak puas hati nak sebarkan ke sabul.blogspot.com, no komen.

Begitu juga dengan barang pemberian si gadis/jejaka. Tak perlu susah-susah nak jumpa untuk pulangkan barang. Itu sebenarnya hanyalah alasan anda untuk berjumpa dengan mereka dengan harapan dapat kembali menyemarakkan bibit-bibit cinta. Couples Tshirt? Campakkan sahaja ke dalam ex-box. Cincin Emas Putih Poh Kong? Campak sahaja ke dalam ex-box sebab nak gadai emas putih memang tiada value. Apabila segala benda yang mengingatkan anda kepada ex anda sudah dimasukkan ke dalam kotak, letak kotak itu di sudut-sudut sukar agar anda berasa susah untuk membukanya ketika tiada benda lain untuk dibuat. Hmmm tapi dah dekat-dekat nak kahwin ni elok dibakar sahaja kotak itu akan tidak menimbulkan konflik dengan bakal isteri.....anyway Xbox sebenar pun boleh faham kesedihan anda. Jika anda sedang patah hati, mereka akan mengeluarkan lampu merah membuatkan anda lebih patah hati.


5) Pergi ke pasar malam ataupun ke gym

Bagaimana anda hendak melupakan ex anda jika anda hanya asyik duduk di rumah menonton cerita Korea? Anda mungkin rasa anda tidak mahu percayalah orang lelaki lagi, tetapi sampai bila? Lambat laun anda harus keluar ke rumah juga. Cara yang paling cepat untuk move on adalah dengan kembali bersosial. Kalau anda jenis yang kaki clubbing bolehlah pergi berjoget sambil meneguk alkohol secawan dua. Tapi kalau jenis yang ingat kat Tuhan walaupun selalu juga tak solat Subuh, banyak tempat alternatif yang boleh anda pergi untuk bersosial. Tempat yang dijamin efektif untuk mencuci mata adalah pasar malam. Percayalah, anda akan rambang mata melihat gadis yang jauh lebih kurus daripada ex anda yang gemuk itu, ataupun jejaka yang lebih sasa dan berkulit sawo matang tidak seperti ex anda yang negro itu. Di pasar malam anda boleh lihat gadis kilang Sony yang memakai baju ketat menunjukkan lurah rasa macam kita ingin lemas je dalam rangkulan hangatnya. Lagipun gadis-gadis di pasar malam lebih berfikiran terbuka dan mudah untuk respond dengan pick up line yang mudah seperti:

"Hai kak long. Nak saya belanja Baby Cakoi?"

"Hai kak long. Lawa betik?" (sambil tunjuk kepada betik di gerai berhampiran agar mereka tidak salah faham)

"Eh abang ni penyanyi Radja kan?" (kalau nak mengurat jejaka indon)

Kalau taknak pergi pasar malam, anda pergilah ke gym. Gadis-gadis di sini adalah lebih mencabar untuk dingurat, tetapi at least anda boleh mencuci mata melihat mereka memakai baju renang muslimah yang ketat. Lagipun dengan bersenam, anda dapat membentuk six pack yang ternyata dapat membuat gadis-gadis ghairah. Ex anda tengok pun mesti nak kembali kat anda punyalah.

6) Sentiasa ingat, istilah berkawan selepas berpisah tidak wujud

THERE IS NO SUCH THING AS 'BERKAWAN SELEPAS BERPISAH'!, at least buat lelaki. Dah tulis dalam caps lock tu untuk menunjukkan kenyataan itu merupakan kenyataan yang serius. Anda mungkin sangka anda masih boleh berkawan dengan ex anda, namun begitu itu sebenarnya adalah sinar harapan yang anda cipta sendiri mengharapkan anda dan ex anda akan kembali bersama. Konon-konon nak take it slow, and look for the right time and the right moment. Dah berpisah tu hapuskan sahaja nombor telefon, hapuskan sahaja alamat emel mahupun XBOX Live Gamertag mereka tak perlu nak contact mereka lagi. Kalau anda contact mereka konon-konon nak berbual seperti kawan biasa pun, last-last mesti end up dengan perbincangan mengapa kalian berpisah dan ada pun merayu-rayu minta diterima kembali. Alah mereka pun takkan contact anda, kalau contact pun sebab nak menggunakan anda untuk tolong buatkan projek yang diberi oleh pensyarah.

Mungkin anda rasa sukar untuk terus berhenti menghubungi ex anda lebih-lebih lagi kalau anda masih belajar di universiti yang sama. Terasa awkward dan pilu melihat gadis anda di kelas yang sama tetapi kini dengan status yang berbeza. Persetankan perasaan itu. Belajar rajin-rajin grad awal tak payah nak extend semester macam gadis anda yang tak pandai tu. Buat make over kepada diri anda bagi ex anda dan potential future teman anda perasan dengan kewujudan anda. Nak cucuk botox ke nak pakai susuk ke nak buat pembedahan payu dara mahupun testis ke itu terpulang kepada anda.

Besides, berkawan itu bermakna anda akan sentiasa menyokong keputusan kawan anda dan berasa gembira di atas kebahagiaan yang dikecapinya. Is that what you want? NO. You want your ex to suffer. Anda gembira melihat kegagalan percintaan mereka di mana dia pula ditinggalkan. Anda seronok melihat keretanya ditarik Ah Long akibat tak bayar duit kereta. Anda berasa bersyukur apabila CGPA mereka jatuh bawah 2 sekaligus kena repeat semester. Ok fine, gadis-gadis mungkin akan kata mereka ok je kawan dengan bekas teman lelaki, tetapi seperti yang telah saya kata tadi, orang lelaki tidak akan mengganggap begitu. Kami anggap anda masih mahu memberikan peluang kedua untuk menyemikan cinta yang telah layu.

7) Cari keburukan ex anda dan upgrade

Apabila sudah berpisah, senang sahaja nak buat list keburukan mereka. Jika dulu anda rasa mereka chubby dan comel, kini anda akan rasa mereka gempal dan hodoh. Kalau dulu anda rasa mereka sweet kini anda rasa mereka sour. Jika dulu mereka seperti Rozita Che Wan, kini mereka seperti Rosnah Mat Aris. Come on. You deserve better. Tuliskan segala perkara-perkara yang anda tak suka itu, print dan tampal di serata tempat di rumah anda sebagai peringatan untuk mencari teman yang lebih baik. Pepatah Inggeris ada mengatakan "I never get jealous when I see my ex with someone else, because my parents always taught me to give my used toys to the less fortunate..." Siapa yang mencipta quote itu ternyata sedang mengalami perpisahan dan kita yang baru ditinggalkan juga pasti akan boleh relate dengan kenyataan itu.

Sesungguhnya perpisahan itu memang perit. Jika anda pun pernah mengalami saat-saat anda rasa dunia ini kejam dan pernah menangis sehingga keluar air mazi di mata, percayalah saya amat memahami perasaan anda. Jika anda ada kawan-kawan yang sedang patah hati, usahlah mengelakkan mereka secara depan-depan, sebaliknya berikan sokongan moral tanpa memberi khidmat seks oral kerana di saat itu emosi mereka memang rapuh anytime sahaja boleh pergi menyertai Jemaah Islamiah untuk menjadi pengebom berani mati. Ingat, anda sentiasa boleh hubungi talian Befrienders di 03-79568144 sebelum anda membuat keputusan untuk ke alam barzakh.
 

Euro 2012 Highlights

SYUKUR ALHAMDULILLAH!!! Satu jeritan kedengaran di belakang rumah. Bukan kerana Sepanyol berjaya memenangi edisi EURO kali ini, tetapi jeritan itu dihasilkan oleh gadis-gadis dengan serentak kerana gembira EURO telah tamat dan mereka akan kembali mendapat perhatian penuh daripada jejaka mereka. Hai, apa khabar pembaca? Ada sesiapa di sini yang lahir di hospital Milan ke? Jika tak, tak usahlah anda meroyan berlebih-lebihan dengan kekalahan Itali. Redakan keemoan anda dengan memakan pasta dengan kuah spaghetti Chef Rizz. Sudahlah, EURO sudah berakhir, maka kini tiba masanya untuk kita membuat analisa tentang peristiwa-peristiwa yang menarik yang berlaku di edisi kejohanan Eropah kali ini. Ayuh teruskan membaca.

England oh England

Dalam memilih pasukan untuk disokong di Euro ni, ada beberapa faktor yang boleh diambil kira. Kalau atuk kau dulu lahir kat Ukraine, haa kira ada sebabla nak sokong Ukraine. Since kita yang lain-lain ni sekadar penyokong celup yang tak tahu nak bagi kesebelasan utama pemain Harimau Malaya tetapi boleh tahu sejarah pasukan dari Eropah, faktor pemilihan pasukan kegemaran boleh dipengaruhi oleh pemain yang kita minat. Berdasarkan entri-entri yang pernah aku tulis dahulu, memang obvious pasukan yang aku sokong di Euro mahupun Piala Dunia adalah England.

England hadir ke Euro dibebani pelbagai masalah. Dengan pengurus baru Uncle Woy, media di England khususnya awal-awal lagi sudah membuat kesimpulan yang England tidak akan pergi jauh dalam Euro kali ini. Ramai yang mempersoalkan pemilihan pemain Uncle Woy yang menggugurkan Ferdinand (kerana asyik main Twitter), Sturridge and Johnson tetapi membawa Kelly dan Downing. Perjudian membawa Rooney walaupun digantung pada dua perlawanan pertama turut didebatkan.

Dari segi persembahan, kita dapat lihat Uncle Woy kembali ke formasi tradisional 4-4-2. Berjaya melepasi peringkat kumpulan, kelemahan England jelas ketara ketika menentang Itali di mana mereka tidak dapat mengekalkan posession dan tidak dapat menghantar bola dengan baik. Secara individu, kita boleh memuji Terry yang kental di pertahanan serta abang Gerrard sebagai kapten marvel. Tetapi secara berpasukan, match statistic telah membuktikan yang England tidak mampu untuk mengawal permainan. Tak pegang bola acane nak menang ye tak? Dahla lawan Ukraine bernasib baik sebab 'gol' Marko Devic tak dikira. Kalah penalti pun satu badi jugak dah berapa kali dah asyik kalah penalti. Semua salah Ashley. Salahkan Runi Penzina Nenek juga sebab hanya faham slang Scottish cuma handal bila main di bawah Atuk Ferguson je, bak kata Kapelo.

Ayam Belanda

Belanda hadir ke Euro sebagai salah satu pasukan 'Favourite', walaupun berada di dalam kumpulan maut bersama Jerman, Portugal dan Denmark. Ramai yang menyangka Belanda, selaku naib juara Piala Dunia 2010 akan mara ke pusingan kalah mati. Dengan van Persie yang tengah on form, tak sangka pula terkeluar awal tanpa sebarang mata. Memang ayam belanda kena goreng masak kicap.

Penyerang berbisa? Kamon Sepanyol kata tak perlu

Di sini kalau nak buat analogi, kita boleh kata Spain main macam Barcelona. Tak heranlah sebab ada Fabregas, Xavi, Busquets dan Iniesta. Bezanya di sini, Barcelona ada Messi untuk menjaringkan gol tetapi dalam line up Spain, tak ada penyerang utama? Hanya gunakan Fabregas sebagai 'false number 9' menggunakan formasi aneh 4-6-0, lepas tu kau main pass pass pass pass sampai letih. Arsene Wenger mengutuk filosofi ini berkata mereka bermain cantik tetapi sekadar untuk mengawal permainan, tetapi bukan untuk menjaringkan gol. Tak kisahlah apa si tua itu kata, taktik Spain memang efektif sehingga sekali lagi dinobatkan menjadi juara.

Super Mario

Kalau kita nak buat top 5 pemain bolasepak paling bermasalah di dunia, Mario Balotelli memang ranking no 1. Lepastu bolehla masukkan Joey Barton sekali dalam list tu. Walaupun sering dibelenggu dengan kontroversi-kontroversi aneh seperti membaling dart ke bontot pemain muda, buat-buat tak kenal Jack Wilshere serta mengamuk sebab tak reti pakai bib, dia turut menjadi tumpuan di dalam padang. Di sebalik kontroversi yang melanda dirinya, dia sebenarnya ada potensi untuk menjadi salah seorang daripada pemain terbaik dunia. Dia seolah-olah mengumumkan ketibaannya di medan antarabangsa dengan jaringan padu ketika menentang Jerman sekaligus membawa Itali ke final.


Tetapi jika hendak dikira siapakah pemain terbaik di Euro 2012 ini, jawapannya sudah pastilah Andrea Pirlo. England kalah sebab tak ada midfield mastro seperti Pirlo. Dengan persembahan masterclass nya menghantar bola-bola defence splitting, penalti Panenka memperanjingkan Joe Hart, serta persembahan terbaiknya ketika menentang Jerman, memang tidak syak lagi dialah permain terbaik kejohanan.

Secara keseluruhannya, kejohanan Eropah kali ini tidak ada banyak kontroversi. Mutu pengadilan pun bagus tak banyak keputusan cikai mak lampir kecuali gol Ukraine tu. Spain memang layak menang. Rooney gemuk. Ronaldo boleh step up bila diperlukan. Messi pula tak score dan Brazil gagal dalam Euro kali ini. Eh.

So what's your favorite EURO 2012 moment

Ayat-ayat yang biasa digunakan oleh orang MLM


Bagaimana kita hendak tahu seseorang itu telah menyertai Multi level marketing (MLM)? Tanda yang paling ketara apabila seseorang itu telah menyertai MLM adalah kebolehan mereka untuk memberi motivasi membina secara tiba-tiba. Selalunya ayat-ayat ini digunakan membuka minda bakal 'mangsa' mereka dengan menggunakan taktik psikologi yang disertai dengan petikan ayat-ayat Al-Quran bagi memantapkan hujah mereka. Namun begitu, kebolehan untuk berkata-kata manis ini secara tiba-tiba ini bukanlah 100% bakat yang terpendam, tetapi merupakan 'template' yang diturunkan secara turun temurun oleh upline mereka, ataupun diplagiat daripada senior MLM yang lebih berjaya. Ayuh kita kaji ayat-ayat klise yang selalu digunakan oleh watak MLM. 

1) Membuat pinjaman PTPTN adalah umpama meminjam wang dari ceti. Ya anda mungkin boleh bersukaria buat sementara, tetapi in the end, anda harus membayar ribanya. Bebaskan diri anda dari belenggu hutang dengan pendapatan sampingan sebanyak RM 5,000 sebulan dengan hanya bermodalkan RM 360. Anda kini boleh duduk rumah goyang kaki dan menggoncang testis sambil menjana wang.

2) Setiap bulan, saya sering diburu Ah Long akibat hutang keliling pinggang. Kereta saya sering disimbah cat pink. Saya sentiasa hidup dalam ketakutan. Setelah mendengar testismonial daripada rakan, saya kini meyertai perniagaan Ah Long untuk memeras ugut orang pula. Jika mereka takut, mereka pun akan menyertai perniagaan Ah Long ini sebagai downline saya. SEKARANG INI KAU NAK JOIN AKU KE TAKNAK? HAH? HAH?

3) Dengan pendapatan yang saya perolehi daripada perniagaan ini, saya kini mampu untuk menghantar ibu dan bapa saya untuk menunaikan Haji di Mekah. Kalau saya tidak sertai perniagaan ini, saya pasti akan menghantar mereka ke rumah orang tua instead.

4) SELECT `financial freedom` FROM `positive thinking`,`changes` WHERE `effort` > '0' AND `price` < '0.1' AND `pray` = '1'; (SQL statement - plagiat dari Fesbuk)

5) Orang selalu kata, 'Money can't buy happiness'. Tapi tahukah anda perceraian selalunya disebabkan oleh ketiadaan wang? Bagaimana kita hendak memberi anak kita makan the Chicken Rice Shop? Jika anda takut suami anda mencari sugar mummy, jangan tunggu lama-lama untuk menyertai kami. Let's DU-IT (Do it)

D - Doa
U - Usaha
I - Istiqamah
T - Tipu

6) Kalau kita sayang teman wanita, hari-hari kita sanggup buat video call. Kalau kita sayang kereta kita, hari-hari kita sanggup polish. Kalau kita sayang Alif Aziz hari-hari kita nyanyi lagu Sayang-sayang. Kalau kita sayang duit?? Kenalah laburkannya dalam perniagaan penapis air saya ini.

7) "Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu sendiri mengubah nasib mereka". Jadi jika anda mahu mengubah nasib anda menjadi kaya-raya, haruslah sertai perniagaan saya. Takkan Tuhan nak tipu kan?

8) Dahulu saya suri rumah biasa. Rutin kehidupan saya sama sahaja. Bangun awal pagi gosok baju suami dan hantar anak ke sekolah. Tengahari saya tak tahu hendak buat apa so saya tengok ulangan telenovela Mis Tres Hermanas. Malam saya disetubuhi suami. Kehidupan saya memang bosan sehinggalah rakan saya memperkenalkan saya kepada perniagaan sampingan menjual bengkung Noniswara ini. Kini saya boleh membeli beg tangan Jurulatih dan Teka setiap bulan. Kasut Hidung pun buat pakai pergi pasar tani sahaja. Terima kasih bengkung Noniswara!

9) Dahulu saya sekadar Mat Rempit picisan...


Kini saya Mat Rempit kelas atasan...

                                
Semuanya berkat saya menyertai perniagaan pencerah wajah ini. Ayuh sertai saya jika anda ingin memiliki motor besar!

Bagaimana? Silalah kongsi jika anda ada ayat-ayat perangsang yang klise. Jika anda merupakan seorang ahli MLM (yang berjaya sahaja), silalah turunkan ilmu-ilmu pujuk rayu anda untuk panduan bersama. Mana tahu boleh tambah downline anda.
 

Lagu-lagu yang semua orang tahu : versi iklan

Hai apa khabar pembaca? Nampaknya mood raya masih membara di dalam jiwa. Itu yang korang malas nak kemaskini blog ye tak? Hari ini kita akan berjalan ke bawah lorong memori ataupun kalau orang putih selalu kata, 'walk down the memory lane' dengan mengimbas lagu-lagu di dalam iklan yang popular pada satu masa dahulu. Orang yang baligh awal lahir tahun 80-an dan pasti dapat mengungkapkan lagu-lagu yang saya akan bincangkan nanti kerana minda separa sedar mereka telahpun menyimpan data-data tersebut secara automatik. Ini kerana lagu-lagu tersebut tersangatlah catchy, dengan lirik-liriknya yang corny disertakan dengan lakonan over the top yet tidak menjengkelkan. Tidak yakin dengan kenyataan saya? Ayuh teruskan membaca.

1) Adabi


Adabi yang dimaksudkan di sini adalah Adabi yang membekalkan bahan memasak yang diproses, dan bukannya Pusat Tusyen Gaya Pos Adabi. Dengan produk mereka yang dibahagikan kepada 4 kategori utama iaitu Powdered Spice Mix, Processed Paste, Soya Sauce and Flour Mix, mereka mula bertapak sejak tahun 80an lagi. Kemajuan yang mereka kecapi selama ini adalah disebabkan oleh iklan mereka yang relevan, disertakan dengan lagu-lagu yang mengasyikkan. Jika sebut pasal lagu di iklan Adabi, ada 2 lagu yang popular iaitu:

a. Iklan pertama menunjukkan kehebatan seorang ibu memasak di rumah kampung, sambil membuka tingkap kayunya disertakan dengan lagu "Adabi, melazatkan, Adabi menyelerakan. Mengandungi palbagai rempah, melazatkan kari dan kuah" Haa see korang baca lirik tu mesti terbuat melodi dia sekali bukan?

b. Iklan popular yang kedua menunjukkan seorang bujang yang baru balik dari kerja. Tiba-tiba dia terbau satu bau yang menyelerakan dari rumah jiran sebelah dan terus memegang pinggan sambil menyanyi "Hei nasi goreng! Hei sungguh lazat! Sungguh sedap sungguh enakk. Itulah perencah nasi goreng Adabiiii". Kemudian orang bujang yang tak malu tadi terus mendekedarah di rumah jiran. Susah nak cari jiran yang memahami macam tu zaman sekarang ni.

2) Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak

Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak adalah ubat batuk mainstream yang pertama di Malaysia dan tiada saingannya sehinggalah kemunculan ubat batuk orang kulit hitam iaitu Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika. Namun begitu Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak masih dapat mengekalkan dominasi mereka di pasaran ubat batuk mainstream dan underground kerana teknik iklan mereka yang efektif. Mereka menggunakan konsep wayang kulit yang ternyata lebih relevan dengan masyarakat Melayu tempatan, berbanding approach Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika yang menggunakan lagu-lagu Hip Hop masakini.

Lirik lagu yang digunakan dalam iklan wayang kulit ubat Batuk Cap Ibu dan Anak menggambarkan bagaimana seorang anak yang sayangkan ibunya sanggup keluar di waktu malam yang gelap untuk mencari ubat batuk buat ibunya. Let's sing it! "Kisah seorang anak yang duka nestapa kerana ibunya batuk. KOHOK KOHOK. Kasihan sungguh dia pergi dapatkan obattt KOHOK KOHOK"

Ini aku ada jumpa klip video iklan ni tapi ini versi lain yang lebih moden, but still konsep dan melodi dia lebih kurang:



3) Axion

Axion adalah produk pencuci pinggan dan mangkuk yang masih mendapat kepercayaan mama aku dari dulu sehinggalah hari ini. Axion terlebih dahulu menggunakan tanda 'rait' sebelum dipopularkan oleh Nike dimana selepas kita mencuci pinggan kita dikehendaki membuat tanda 'rait' di pinggan sehingga berbunyi "OUKK EAKK" bagi menunjukkan kesan minyak telah dihapuskan. Axion juga ada satu iklan dengan lagu terulung di mana lagu tersebut berjaya masuk ke Anugerah Juara Lagu 1989 kategori Irama Melayu. Seingat aku, watak suami dia dimainkan oleh Sulaiman Yasin Pi Mai Pi Mai Tang Tu ke. Yeke main belasah je aku.

Isteri:

Mari-mari puan dengar ini cerita,
Suami saya asyik balik awal saja,
Ada pembantu baru katanya,
Tentu dia perempuan muda.

Suami:

Kan Abang dah kata, Axion namanya. Axion ke Aziah? Tunjukkan saya (Isteri mencelah)
Sebelum ini teruk abang mencuci!
Secolek saja tanggal minyak segera,
Mudah mudah mudah dijamin mudah!

4) KFC

Dulu-dulu hari Ahad pukul 10 rasanya, ada siri Kids Fun Club dengan dua orang hos gadis memaparkan kartun-kartun popular sambil membaca surat daripada adik-adik. Dalam masa yang sama ada satu iklan KFC yang mengajak kanak-kanak bermain bola dan tidak berputus asa walaupun kalah kerana lepas tu boleh menambah kolestrol di KFC. Not sure if you guys remember this song, but if ada pernah dengar, secara automatik anda boleh menyanyikannya bersama-sama.

Main bola bukannya susah,
Sepak penalti lagi mudah. (lepas tu dia miss penalti)
PAP PAP PAP alamak apa nak nak jadi,
Sudah kalah dua kali,
Tiada siapa yang nak tegur,
Tapi mungkin penjaga gol,
Nasiblah ada KFC,
Kentang (or kepak?) ayam penawar hati

5) Nano-nano

Nano nano nano nano nano nano nano nanonanonao nanonan oh nano nano saya tak sabar, saya gemar, rasanya seeeegar. manis masam masin nano nano, na na na no nano nanoooooo. Lepas tu kena plagiat dengan Hafiz AF. Eh.

Bagaimana? Katakan HO! jika kalian dapat menyanyikan lagu-lagu di atas dengan lancar secara tidak sengaja walaupun telah lama tidak mendengarnya. Jika anda ada lagu-lagu daripada iklan televisyen DULU-DULU, silalah kongsi bersama tengok kita boleh nyanyi ramai-ramai ke tidak. Nini cokolat celup! celupcelup! Mungkin next time kita akan buat entri edisi lagu dalam iklan moden pula.

About me

My Name Is Muhammad Faiz bin Salim. Can Call Me Chimokh. My Birthday 14 January 94'. Born At Hospital Besar, Melaka. My Hobby Is Playing Futsal, Snooker And Clubbing. For Your Information, I hate The Rule. I Is a Rebel. That's All For My Information Because I Don't Know To Express My Selves In This Blog....OK...??? =,='