1) Adabi

Adabi yang dimaksudkan di sini adalah Adabi yang membekalkan bahan memasak yang diproses, dan bukannya Pusat Tusyen Gaya Pos Adabi. Dengan produk mereka yang dibahagikan kepada 4 kategori utama iaitu Powdered Spice Mix, Processed Paste, Soya Sauce and Flour Mix, mereka mula bertapak sejak tahun 80an lagi. Kemajuan yang mereka kecapi selama ini adalah disebabkan oleh iklan mereka yang relevan, disertakan dengan lagu-lagu yang mengasyikkan. Jika sebut pasal lagu di iklan Adabi, ada 2 lagu yang popular iaitu:
a. Iklan pertama menunjukkan kehebatan seorang ibu memasak di rumah kampung, sambil membuka tingkap kayunya disertakan dengan lagu "Adabi, melazatkan, Adabi menyelerakan. Mengandungi palbagai rempah, melazatkan kari dan kuah" Haa see korang baca lirik tu mesti terbuat melodi dia sekali bukan?
b. Iklan popular yang kedua menunjukkan seorang bujang yang baru balik dari kerja. Tiba-tiba dia terbau satu bau yang menyelerakan dari rumah jiran sebelah dan terus memegang pinggan sambil menyanyi "Hei nasi goreng! Hei sungguh lazat! Sungguh sedap sungguh enakk. Itulah perencah nasi goreng Adabiiii". Kemudian orang bujang yang tak malu tadi terus mendekedarah di rumah jiran. Susah nak cari jiran yang memahami macam tu zaman sekarang ni.
2) Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak
Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak adalah ubat batuk mainstream yang pertama di Malaysia dan tiada saingannya sehinggalah kemunculan ubat batuk orang kulit hitam iaitu Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika. Namun begitu Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak masih dapat mengekalkan dominasi mereka di pasaran ubat batuk mainstream dan underground kerana teknik iklan mereka yang efektif. Mereka menggunakan konsep wayang kulit yang ternyata lebih relevan dengan masyarakat Melayu tempatan, berbanding approach Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika yang menggunakan lagu-lagu Hip Hop masakini.
Lirik lagu yang digunakan dalam iklan wayang kulit ubat Batuk Cap Ibu dan Anak menggambarkan bagaimana seorang anak yang sayangkan ibunya sanggup keluar di waktu malam yang gelap untuk mencari ubat batuk buat ibunya. Let's sing it! "Kisah seorang anak yang duka nestapa kerana ibunya batuk. KOHOK KOHOK. Kasihan sungguh dia pergi dapatkan obattt KOHOK KOHOK"
Ini aku ada jumpa klip video iklan ni tapi ini versi lain yang lebih moden, but still konsep dan melodi dia lebih kurang:
3) Axion
Axion adalah produk pencuci pinggan dan mangkuk yang masih mendapat kepercayaan mama aku dari dulu sehinggalah hari ini. Axion terlebih dahulu menggunakan tanda 'rait' sebelum dipopularkan oleh Nike dimana selepas kita mencuci pinggan kita dikehendaki membuat tanda 'rait' di pinggan sehingga berbunyi "OUKK EAKK" bagi menunjukkan kesan minyak telah dihapuskan. Axion juga ada satu iklan dengan lagu terulung di mana lagu tersebut berjaya masuk ke Anugerah Juara Lagu 1989 kategori Irama Melayu. Seingat aku, watak suami dia dimainkan oleh Sulaiman Yasin Pi Mai Pi Mai Tang Tu ke. Yeke main belasah je aku.
Isteri:
Mari-mari puan dengar ini cerita,
Suami saya asyik balik awal saja,
Ada pembantu baru katanya,
Tentu dia perempuan muda.
Suami:
Kan Abang dah kata, Axion namanya. Axion ke Aziah? Tunjukkan saya (Isteri mencelah)
Sebelum ini teruk abang mencuci!
Secolek saja tanggal minyak segera,
Mudah mudah mudah dijamin mudah!
4) KFC
Dulu-dulu hari Ahad pukul 10 rasanya, ada siri Kids Fun Club dengan dua orang hos gadis memaparkan kartun-kartun popular sambil membaca surat daripada adik-adik. Dalam masa yang sama ada satu iklan KFC yang mengajak kanak-kanak bermain bola dan tidak berputus asa walaupun kalah kerana lepas tu boleh menambah kolestrol di KFC. Not sure if you guys remember this song, but if ada pernah dengar, secara automatik anda boleh menyanyikannya bersama-sama.
Main bola bukannya susah,
Sepak penalti lagi mudah. (lepas tu dia miss penalti)
PAP PAP PAP alamak apa nak nak jadi,
Sudah kalah dua kali,
Tiada siapa yang nak tegur,
Tapi mungkin penjaga gol,
Nasiblah ada KFC,
Kentang (or kepak?) ayam penawar hati
5) Nano-nano
Nano nano nano nano nano nano nano nanonanonao nanonan oh nano nano saya tak sabar, saya gemar, rasanya seeeegar. manis masam masin nano nano, na na na no nano nanoooooo. Lepas tu kena plagiat dengan Hafiz AF. Eh.
Bagaimana? Katakan HO! jika kalian dapat menyanyikan lagu-lagu di atas dengan lancar secara tidak sengaja walaupun telah lama tidak mendengarnya. Jika anda ada lagu-lagu daripada iklan televisyen DULU-DULU, silalah kongsi bersama tengok kita boleh nyanyi ramai-ramai ke tidak. Nini cokolat celup! celupcelup! Mungkin next time kita akan buat entri edisi lagu dalam iklan moden pula.
No comments:
Post a Comment